Selamat Datang ke Blog Saya! | Dashboard | Follow

Pages

Thursday, 25 October 2012

slh tempat daa..



suatu tengahari yang indah,orang ramai berpusu-pusu kluar dari kelas,ada yang menuju ke dewan dan ke asrama  untuk mengambil bagasi masing-masing,bersiap sedia untuk pulang ke rumah melihat wajah yang ditunggu-tunggu.Aku terus menuju ke bas luar yang sedang menunggu  penumpang diluar pagar sekolah SABDA .Seorang lelaki yang tidak dikenali datang dekat kepada aku sambil memegang tiket-tiket  yang dikepit dengan penyepit menyuruh aku membayar RM1.90 sebagai tambang untuk ke Selekoh.

aku pon melontarkan pandangan ke luar tingkap agar dapat menyegarkan mataku dan fikirankuSejak pagi tadi lagi aku berasa takut dan resah ntuk menaiki bas ini.Perasaan resah mula menguasai minda aku.Jantung aku berdebar-debar.

Oh tidak! aku tidak tahu dimana kampung aku.Seingat aku,terdapat sebuah warung  dan di kiri dan kanan jalan ada pondok bas .Ya !itulah petanda sekiranya aku sudah sampai di kampung aku,Tebok Haji Tahir,Batu 20,selekoh.Pandangan aku menangkap sebuah objek yang menyerupai warung ,dikiri dan kanannya pula terdapat sebuah pondok bas.Hati aku kuat mengatakan bahawa itulah kampung aku,tapi hati ini diselumbungi dengan perasaan resah .Lalu aku menekan loceng yang disediakan di tepi untuk kemudahan penumpang.bas itu pon berhenti.Aku sedikit kelam kabut ketika hendak turun .Tiba-tiba lelaki tadi menahan aku ,dia berkata,"nak dik 10sen tadi abang lupe nk bagi".aku pun menerima duit itu dengan senyuman kupamerkan kepada lelaki itu.

Ketika aku turun dari bas  aku teruskan menghadap kearah bertentangan dgn kampung itu dan aku perasan banyak mata-mata dalam bas memandang aku dengan pelik.peduli apa aku dengan diorang senyap sudah lorh!
 
Senyuman aku yang manis bertukar menjadi dahi yang sangat berkerut dan aku pun tidak pasti sama ada aku hendak menangis atau ketawa atau membebel atau meracau kerana yang pasti aku bukan di kampung aku .disitu terdapat jalan yang kecil dan sebuah rumah yang berwarna merah atau coklat.Sungguh menyeramkan .Di situlah bermulanya perjalanan bagiku untuk ke rumah nenekku dalam anggaran 3km jauhnya .Aku mula berjalan dan berjalan dan berjalan sambil mengenang nasibku yang tidak pandai naik bas.Setelah itu aku menyanyi lagu dan membebel seorang diri .kenderaan-kenderaan yang lalu lalang di tepi sekadar menekan hon,melambai tangan dan memandang aku dengan muka "duckface" yang comellah kononnya.Tambahnya lagi dengan cuaca yang panas ,menggendong sebuah beg galas dan dua beg (bkn beg roda) dengan memakai pvc dan berbaju kurung sekolah .Angin yang bertiup mendinginkan hatiku yang panas .

Di tengah perjalanan,sebuah warung ABC seperti memanggil namaku supaya menyinggah disitu.baru sahaja akuberniat untuk pergi ke warung itu,teringat pula duit aku yang hanya tinggal beberapa sen .Aku melepasi warung itu dengan wajah yang masam dan prut yang berkeroncong.Kini pandangan aku hanyalah tanah yang berselerak dengan batu-batu kecil yang berwarna putih .

Langkah aku terhenti apabila terpandang sebuah warung yang tidak berpelanggan ,dikiri dan kanannya terdapat pondok bas,sebuah jambatan yang berpagar biru seperti menjemput aku masuk ke dalam kampung itu dan sebuah papan tanda yang bertulis "Tebok Haji Tahir,Batu 20,32000,selekoh.Sebuah senyuman terukir di bibirku menunjukkan kegembiraan kerana telah sampai ke destinasi yang dituju.Alhamdulillah~
 

Baru sahaja aku hendak berjalan menuju ke rumah nenek ,seekor ular lalu dihadapan aku.badan ku kaku,lidah ku kelu,badan ku seolah-olah telah bertukar menjadi patung .Nasibku baik kerana ular itu tidak menegur aku. huH~.Terasaseperti mahu PItam .Aku ini seorang yang tidakboleh melihat kerana secara automatik badan aku akan menggelajat.

sekian sahaja story telling drpd saya .sori kalo ayat terlalu vogue.haha-

mmg cerita yg btul .mungkin tajuk tu x sesuai dgn cerita ni.tpi objektif saya ceritakan adalah nk bgtau saya takot naik bas ,x pandai naik bas. bye =)