Selamat Datang ke Blog Saya! | Dashboard | Follow

Pages

Friday, 14 December 2012

"1st Giveaway by Aimi & AKhairina"


"klik sini"

first time join GA.tiha yang ajak .thank tiha.actually mira x tau cane nak tapi lepas tiha terangkan boleh kot. belum cuba belum tahu.


Syarat-syarat:


1. Warganegara Malaysia
2. Follow blog : Aimi dan Aimi Khairina
3. Buat sebuah entry yang berkenaan dengan giveaway ni :
- Tajuk entry "1st Giveaway by Aimi & AKhairina"
- Letak banner diatas dan letak link giveaway ni.
- Tag 2 bloggers ke atas *pastikan mereka tahu.
4. Tinggalkan link entry Aimi bukan link blog.
5. Kalau peserta sikit, kami akan percepatkan tarikh giveaway ni.

cara pemilihan pemenang:

1. Kami akan memilih pemenang dengan menggunakan ramdom.org 
2. Kami juga memilih pemenang berdasarkan entry dan blog yang menarik.
3. Peserta yang tidak menang, kami akan membuat blog review.
4. Tag bloggers yang paling banyak.



mira ada tag tiha,mariana mahmud,

at least sekarang mira dah ada post tentang GA.
maafkan jika tidak sempurna


diari itu merbahaya





kenapa mira cakap diari ni bahaya?
sebab ..........

once upon a time,mira buat diari mira yang pertama dalam hidup mira.byk rahsia yang mira tulis dalam diari.everything that i felt in my heart ,i wrote it in the diary.then,sudah tiba masanya untuk cuti akhir tahun.mira letak diari tu dalam beg yang x berzip.mira letak kat atas sekali diari tu.

when i arrived at home ,mira baru sedar beg yang ada diari tu tertinggal kat asrama.Ya Allah macam mane plak bleh tertinggal kat asrama.

masa tu jugaklah nak hantar nenek mira blik kampung .nasib baik kg nenek mira dekat dengan asrama.masa tu minggu spm.so,ada form 5 lah kat sana.bila mira sampai form 5 plik kenapa mira datang sekolah waktu cuti.mira cakaplah tertinggal barang,nak gi ambil.

punyelah cari-cari akhirnya jumpa jugak beg tu.Alhamdulillah.

tapi.......
ada bende yang xde dalam beg tu.......
diari!!!!!hilang!!!!
time tu rase cam nak pengsan je,macam mane plak diari ni bleh hilang.mama tanya 'kenapa kalut semacam ni?'."diari ira xdelah mama"."alahai diari je pon.cari cepat sket".

" DIARI JE PON !"dalam tu dah la ada byk rahsia ,peristiwa,coretan hati.adoyai .cane lah boleh hilang.mira pon tanyelah kakak-kakak ada nmpk buku merah x.jawapan diorang menghampakan.

dalam perjalanan pulang ke rumah,mira rasa menyesal sangat.kenapalah aku ni stupid sangat.kenapalah aku tak simpan dlam beg yang berzip.

sampai sekarang mira x umpa lagi diari mira .hopefully orang yang jumpa diari mira tu perempuan dan dia senyap jer.

sape rase dia jumpa diari mira tu senyap-senyap je tau.bahaya kalau orang tahu.

the end of the story....

bahaya ada diari kalau x pandai jaga.konklusi nya ,itulah diari mira yang pertama dan terakhir dalam hidup.dah x brani nak buat diari.yang ada diari tu jaga elok-elok. :D

couple itu haram???

mungkin ramai yang tidak tahu apa itu hukum ber'couple'.zaman sekarang ni orang dah anggap couple ni halal.couple ni lah perkara yang perlu di elak-elakkan sebab couple ni boleh mendatangkan zina mata,zina hati dan pelbagai zina lagi.

"habistu macam mane kita nak tahu dia ni jodoh kita atau tidak?couple lah dulu barulah kita tahu suami kita ni macam mane?

"kalo x leh couple ,macaam mane cara untuk bercinta ataupon cara untuk mengenali siapa suami kita dengan tepat.

mira ada terbaca blog pen patah pasal perkara ni.

klik sini untuk jawapan
faham???mira pon sebenarnya x mahir sangat pasal bende ni .maklumlah saya ni masih belajar.selok-eloknya belajar pandai-pandai dulu.nak suka boleh tapi jangan obses terhadap dia.cintailahlah Dia dahulu sebelum mencintai orang.orang slalu cakap cinta itu buta ,buta sebab tidak mencintai Allah dahulu .

so, mira pon tolong sharekan dakwah yang mira tahu.
                                         

           couple is trouble, single is simpl
senang cite tunggu jela mak bapak carikan menantu.

maafkan jika post ini menyinggung perasaan :D

Monday, 26 November 2012

malaysia negara ke 33 pling.....

Negara kita Malaysia melalui perubahan zaman, pembangunan, teknologi, ilmu pengetahuan yang sangat drastik dalam beberapa tahun kebelakangan. Dari golongan berpendidikan tinggi masih ada satu yang tidak berubah. Perangai dan amalan kita.

Enam tahun lalu, Reader’s Digest pernah meletakkan negara kita di tangga ke-33 negara paling biadap di dunia dan tahun ini, sekali lagi Reader’s Digest meletakkan negara kita Malaysia di tangga ke-33.

Dan melalui rekod kemalangan jalan raya oleh pihak polis. 20 peratus kemalangan di negara kita adalah kerana sikap yang biadap di jalan raya. Selain itu, merokok di tempat larangan merokok, menjawap telefon di dalam pawagam, lambat datang untuk temujanji, tidak mengamalkan mengucap ” terima kasih ” dan meninggalkan troli selepas membeli belah di tempat parkir kereta begitu sahaja.

Persoalan terakhir daripada kami, siapa membentuk imej negara kita kalau tidak bukan diri kita?

Sunday, 18 November 2012

mengapa berjanji guna jari kelingking

Mungkin anda tertanya-tanya kenapa Jika Berjanji Menggunakan Jari Kelingking, kenapa bukan dengan ibu jari, jari telunjuk, jari tengah, jari manis …..
Semak cerita ini …….
Dahulu, ada seorang Putri yang sangat Cantik. Banyak putera yang ingin melamarnya namun ia tidak serta merta menerima mereka. Ia membuat pelbagai ujian untuk para putera, hingga pada akhirnya tinggal 5 orang putera. Mereka berkumpul untuk ujian terakhir. Sang Putri menyembunyikan satu jari di belakang tubuhnya. Tugas dari para putera itu adalah meneka jari apa yang disembunyikan oleh putri dan yang benar akan menjadi suami dari puteri tersebut.
Satu persatu mereka meneka tapi hingga putera ke-4 tidak ada yang benar tinggalah putera ke-5. Sang putera menunjukkan jari kelingking dan sang Putri pun tersenyum sambil menunjukkan jari kelingkingnya pula. Itu bererti sang putera akan menikahi sang putri dan mereka Berjanji akan hidup bersama hidup atau mati.
Baru saja mereka berkahwin 1 minggu sang putera harus pergi ke Perang Salib. Ia mengaitkan jari kelingkingnya dengan jari kelingking sang putri dan berjanji akan kembali selepas perang selesai. Namun selepas 5 tahun ia pergi, putera tak pernah kembali. Sang putri yang masih sangat cantik, masih diminati oleh banyak putera. Lamaran terus menerus berdatangan, akhirnya sang Putri tak boleh menolak. Ia membuat pengumuman kepada semua orang di dunia. Dengan syarat, orang itu tahu apa yang harus dia lakukan ketika sang putri menunjukan jari kelingkingnya.
Maka, mulalah berdatangan para putera raja dari pelbagai bangsa mereka semua datang dengan percaya diri, namun tak ada yang berjaya, mereka semua tidak tahu harus berbuat apa terhadap jari kelingking sang putri.
Suatu Hari, datang seorang pengemis. ia datang untuk cuba memikat puteri. meski, ia sempat dihadang oleh pasukan penjaga namun sang putri menyambutnya. Bagi sang putri, semua orang berhak cuba meneka apa yang puteri mahukan.
Sang putri menunjukan jari kelingkingnya kepada pengemis itu sambil menunggu tindakan pengemis itu. Dan ternyata sang pengemis itu mengaitkan jari kelingkingnya ke jari kelingking sang Putri. Dan sang putri tahu bahawa itu adalah putera yang telah lama menghilang. Dan ternyata benar itu adalah sang putera yang telah lama menghilang dan ia datang untuk memenuhi janjinya 5 tahun lalu. Dan sang Putri dan putera pun kembali hidup bersama.
Namun suatu malam putera mengucapkan selamat tinggal kepada sang putri dan menghilang tiba-tiba. Sang putri kebingungan dan mencari tahu jawapannya. Ternyata sang putera telah mati dibunuh ketika perjalanan pulang dari perang salib. Tubuhnya baru ditemui selepas 5 tahun. Ternyata roh dari pangeran datang kembali untuk memenuhi janjinya. ia diberi masa 40 hari untuk memenuhi janjinya kepada sang Putri.
Sang putri berbaring di sebelah tubuh putera. Ia ingin memenuhi janjinya bahawa mereka akan selalu bersama. Maka, sang putri meminum racun dan mati di sebelah tubuh putera sambil mengaitkan jari kelingkingnya ke jari kelingking putera, demi hidup bersama putera.
Anda boleh percaya atau tidak semua terserah pada anda semua.. Ini hanyalah sekadar cerita dongeng….

Gaza terus bermandi darah, kem pelarian dibedil


image (1)
GAZA CITY -  Bumi Gaza terus bermandi darah kerana dihujani bedilan roket serta bom yang disasarkan dari pelbagai sudut termasuk di udara dan laut menyebabkan tiga kanak-kanak yang berlindung di kem pelarian Bureij, tengah Gaza terkorban, hari ini…
Menurut sumber paramedik, kem pelarian Jebalya turut dibedil sebanyak dua kali dan membunuh seorang kanak-kanak serta mencederakan 12 yang lain.
Menjelang pagi tadi, beberapa bedilan roket disasarkan tentera rejim ke arah kediaman dan pejabat pengamal media Arab di Gaza City sehingga mencederakan sebahagian wartawan yang bertugas di stesen televisyen (tv) kerajaan Al-Quds.
"Sekurang-kurangnya enam wartawan cedera dan seorang daripada mereka kehilangan sebelah kaki selepas terkena bedilan bom udara yang disasarkan ke stesen tv Al-Quds dalam kejiranan Rima," kata jurucakap kementerian kesihatan, Ashraf Al-Qudra.
Saksi memberitahu, pusat media kedua terbesar Gaza, Sky News, Al-Arabiya dan ibu pejabat rangkaian tv Hamas, Al-Aqsa turut dibom rejim menyebabkan dua wartawan parah.
Sementara itu, pertemuan Presiden Mesir, Mohammed Mursi bersama Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam menyatakan satu gencatan senjata bakal dimeterai di antara Israel dan Palestin.
Bagaimanapun, dalam satu laporan agensi berita Israel, pegawai rejim memaklumkan mereka sesekali tidak akan melaksanakan gencatan senjata sebaliknya meneruskan serangan ke dalam Semenanjung Gaza. -Al-Jazeera

Thursday, 25 October 2012

slh tempat daa..



suatu tengahari yang indah,orang ramai berpusu-pusu kluar dari kelas,ada yang menuju ke dewan dan ke asrama  untuk mengambil bagasi masing-masing,bersiap sedia untuk pulang ke rumah melihat wajah yang ditunggu-tunggu.Aku terus menuju ke bas luar yang sedang menunggu  penumpang diluar pagar sekolah SABDA .Seorang lelaki yang tidak dikenali datang dekat kepada aku sambil memegang tiket-tiket  yang dikepit dengan penyepit menyuruh aku membayar RM1.90 sebagai tambang untuk ke Selekoh.

aku pon melontarkan pandangan ke luar tingkap agar dapat menyegarkan mataku dan fikirankuSejak pagi tadi lagi aku berasa takut dan resah ntuk menaiki bas ini.Perasaan resah mula menguasai minda aku.Jantung aku berdebar-debar.

Oh tidak! aku tidak tahu dimana kampung aku.Seingat aku,terdapat sebuah warung  dan di kiri dan kanan jalan ada pondok bas .Ya !itulah petanda sekiranya aku sudah sampai di kampung aku,Tebok Haji Tahir,Batu 20,selekoh.Pandangan aku menangkap sebuah objek yang menyerupai warung ,dikiri dan kanannya pula terdapat sebuah pondok bas.Hati aku kuat mengatakan bahawa itulah kampung aku,tapi hati ini diselumbungi dengan perasaan resah .Lalu aku menekan loceng yang disediakan di tepi untuk kemudahan penumpang.bas itu pon berhenti.Aku sedikit kelam kabut ketika hendak turun .Tiba-tiba lelaki tadi menahan aku ,dia berkata,"nak dik 10sen tadi abang lupe nk bagi".aku pun menerima duit itu dengan senyuman kupamerkan kepada lelaki itu.

Ketika aku turun dari bas  aku teruskan menghadap kearah bertentangan dgn kampung itu dan aku perasan banyak mata-mata dalam bas memandang aku dengan pelik.peduli apa aku dengan diorang senyap sudah lorh!
 
Senyuman aku yang manis bertukar menjadi dahi yang sangat berkerut dan aku pun tidak pasti sama ada aku hendak menangis atau ketawa atau membebel atau meracau kerana yang pasti aku bukan di kampung aku .disitu terdapat jalan yang kecil dan sebuah rumah yang berwarna merah atau coklat.Sungguh menyeramkan .Di situlah bermulanya perjalanan bagiku untuk ke rumah nenekku dalam anggaran 3km jauhnya .Aku mula berjalan dan berjalan dan berjalan sambil mengenang nasibku yang tidak pandai naik bas.Setelah itu aku menyanyi lagu dan membebel seorang diri .kenderaan-kenderaan yang lalu lalang di tepi sekadar menekan hon,melambai tangan dan memandang aku dengan muka "duckface" yang comellah kononnya.Tambahnya lagi dengan cuaca yang panas ,menggendong sebuah beg galas dan dua beg (bkn beg roda) dengan memakai pvc dan berbaju kurung sekolah .Angin yang bertiup mendinginkan hatiku yang panas .

Di tengah perjalanan,sebuah warung ABC seperti memanggil namaku supaya menyinggah disitu.baru sahaja akuberniat untuk pergi ke warung itu,teringat pula duit aku yang hanya tinggal beberapa sen .Aku melepasi warung itu dengan wajah yang masam dan prut yang berkeroncong.Kini pandangan aku hanyalah tanah yang berselerak dengan batu-batu kecil yang berwarna putih .

Langkah aku terhenti apabila terpandang sebuah warung yang tidak berpelanggan ,dikiri dan kanannya terdapat pondok bas,sebuah jambatan yang berpagar biru seperti menjemput aku masuk ke dalam kampung itu dan sebuah papan tanda yang bertulis "Tebok Haji Tahir,Batu 20,32000,selekoh.Sebuah senyuman terukir di bibirku menunjukkan kegembiraan kerana telah sampai ke destinasi yang dituju.Alhamdulillah~
 

Baru sahaja aku hendak berjalan menuju ke rumah nenek ,seekor ular lalu dihadapan aku.badan ku kaku,lidah ku kelu,badan ku seolah-olah telah bertukar menjadi patung .Nasibku baik kerana ular itu tidak menegur aku. huH~.Terasaseperti mahu PItam .Aku ini seorang yang tidakboleh melihat kerana secara automatik badan aku akan menggelajat.

sekian sahaja story telling drpd saya .sori kalo ayat terlalu vogue.haha-

mmg cerita yg btul .mungkin tajuk tu x sesuai dgn cerita ni.tpi objektif saya ceritakan adalah nk bgtau saya takot naik bas ,x pandai naik bas. bye =)

Saturday, 15 September 2012

najwa latif -adaMu

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

cerita cinta ustaz don patut di bukukan


Siapa tak kenal kepada personaliti TV Al-Hijrah dan penceramah bebas Ustaz Don Daniyal. Kerana mukanya yang macho dan suci itu, ramai wanita tertarik dan berimpikan suami seperti beliau. Dah la ensem, kacak, bergaya, penuh ilmu agama di dada. Kan awak kaaaaaaannnnnnn???? Haha. Tapi sayangnya, dia dah pun berkahwin minggu lepas dengan gadis pilihannya. Dengan ini aku akan list-kan upacara majlis perkahwinan yang dibuat. MESTI BACA!! :-


1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan luki
san berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.



(Credit to FB Fan Page Ustaz Don)


*Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :

" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

Nampak tak bagaimana Ustaz Don mengamalkan apa yang pernah dilakukan Rasulullah dalam majlis perkahwinannya. Aku rasa hampir keseluruhannya apa yang dianjurkan dalam Islam. Disebabkan Ustaz Don ni dah menjadi public figure, secara tak langsungnya dia akan mempengaruhi masyarakat di Malaysia terutama masyarakat Islam, aku rasa Ustaz Don mesti wujudkan satu buku dari kisah percintaannya, bagaimana sebelum dia bertemu isterinya tu sampai dah diijab kabulkan. Aku rasa mungkin cara dia bercinta jugak mengikut apa yang telah disyariatkan oleh Islam. 

So, sangat moleklah bagi menjadikan pengajaran, teladan kepada semua pasangan yang baru, sedang mencari, dan bakal melangsungkan perkahwinan. Mungkin kita boleh ambik kisah-kisah cerita hidup dia. Lagipun aku tengok perkahwinan dia buat memang bertepatan dengan Islam. Moga dengan wujudnya buku itu, semua masyarakat akan mengubah cara kita melangsungkan perkahwinan yang mana pada hari ini majlis perkahwinan kebanyakkannya lebih kepada adat dan bukan agama Islam. Insya-Allah..

"Jangan sampai adat kita di agamakan dan agama kita di adatkan."

Moga berkekalan hingga akhir hayat.. 
(Gambar dicurik dari fan page Ustaz Don di FB)

kita marah tapi..



Kita marah orang tanya kita Islam ke kafir
Tapi kita tak pernah tunaikan solat 5 waktu.

Kita marah bila orang pandang-pandang 'barang baik' kita
Tapi kita sendiri tak menghalang pandangan mereka dengan menutup aurat.

Kita marah bila orang menghina Allah, Rasul dan agama kita
Tapi kita hanya mampu mencaci maki mereka tanpa bertindak apa-apa.

Kita marah bila ada orang lain ajak adik atau kakak kita tidur dengan mereka di bilik
Tapi kita lupa yang kita keluar masuk bilik usung adik dan kakak orang lain.

Kita marah bila orang kata kita bodoh
Tapi kita sendiri yang malas untuk menjadi pandai.

Kita marah bila orang lain buat salah
Tapi bila kita buat salah kita tak dapat terima.

Kita marah bila orang kutuk belakang kita
Tapi bila kita kutuk orang tak ingat dunia.

Kerana marah kita hilang pertimbangan,
kerana marah kita hilang akal,
kerana marah kita seperti dirasuk syaitan.

Kawal amarah mu kerana apabila seorang anak adam di kuasai dengan perasaan marah, itu yang membuat syaitan menyukai kita dan memudahkan lagi untuk dia menghasut kita. Banyakkan bersabar..

..WALLAHUALAM..

hukum mencukur bulu kening


Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening, dari zaman nabi lagi telah ada persoalan ini, sehingga ada hadis-hadis Rasulullah S.A.W. yang menjelaskan hukumnya.

Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri. 

Menurut pandangan syara' adalah haram kepada seseorang perempuan mencukur bulu keningnya kerana itu bererti merubah ciptaan Allah dan merubah ciptaan Allah ini adalah dilarang keras di dalam Al-Quran. Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat yang bukan Islam, sedangkan Islam sudahpun mempunyai identiti tersendiri dalam soal perhiasan. 

Di dalam sebuah hadis yang sahih melarang keras seseorang perempuan itu menyambung rambutnya dan meminta orang lain menyambung rambutnya dan lain-lain, apalagi perbuatan mencukur bulu kening. Kecuali jika bulu-bulu tersebut tumbuh di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tumbuh pada diri perempuan, dikala itu wajiblah menghilangkannya, seperti tumbuh bulu di pipi, tumbuh misai dan janggut seperti lelaki, kesemua bulu-bulu ini hendaklah dibuang kerana ia memburukkan paras rupa seseorang perempuan. 

Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu." 

Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. 

Perbuatan-perbuatan yang disebut diatas termasuk mengubah ciptaan Allah. 

Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka(kecuali untuk menghilangkan kejelekan yang luarbiasa), termasuk yang diharamkan ialah menghilangkan bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik. 

Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.

Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya. Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.

Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah. 

Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah. 

Para ulama’ berpendapat harus mencukur bulu-bulu tersebut supaya tidak kelihatan buruk,tapi bukan mencukur bulu kening melainkan bulu kening itu tumbuh hingga ke kelopak mata atau bersambung antara dua kening. Lebih diharamkan lagi, jika mencukur alis itu dikerjakan sebagai simbol bagi perempuan-perempuan cabul. 

Sementara ulama madzhab Hanbali berpendapat, bahwa perempuan diperkenankan mencukur rambut dahinya, mengukir, memberikan cat merah (make up) dan meruncingkan ujung matanya, apabila dengan seizin suami, karena hal tersebut termasuk berhias. 

Harus diperhatikan di sini ayat yang 'diboldkan'itu, dengan izin suami dan sudah tentu di dalam rumahnya,jika diluar rumah sudah tentu tidak dibenarkan syara’. 

Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin : Menghilangkan bulu alis (termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo) termasuk salah satu dosa besar, kerana Rasulullah SAW bersabda, 

“La’anallaHul waashilata wal mustawshilata wannaamishata wal mutanammishata wal waasyimata wal mustawsyimah” yang ertinya “Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang membuat tatoo dan dibuatkan tatoo (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124) 

Oleh kerana itu hendaklah setiap orang lelaki (hadits tersebut juga berlaku untuk lelaki) mahupun wanita berusaha menjauhi perbuatan tersebut. 

Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak. 

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan mengundang laknat Allah. 

Sebagai wanita muslimah yang menjunjung syariah suci sebagai panduan hidup, maka tidak sewajarnya kita terikut-ikut dengan cara wanita bukan Islam atau wanita fasiq menghias diri. Kerana kecantikan zahir yang kita dambakan itu sebenarnya tiada nilai disisi Allah SWT. Wajah kita hanyalah tempat jatuhnya pandangan manusia sedangkan Allah tidak memandang jasad yang cantik,bahkan tempat jatuhnya pandanganNya adalah hati kita. Maka perindahkan hati dan besihkan jiwa kita sebelum kita mencantikkan luaran kita. Sementara untuk mencantikkan rupaparas, hendaklah kita mengambil kira pandangan Allah dan RasulNya, jangan sesekali kita membelakangkan Tuhan dalam urusan hidup kita.